Monday, October 12, 2009

Untuk Sertai Kami

Sila Hubungi :

Encik Kamal: 0195202165
Encik Ahmad: 0124635610
Encik Saidin : 0195743841
Encik Jahid : 0195721124

CADANGAN PELABURAN IKAN AROWANA



Pendahuluan.

Ikan arowana atau dikenali juga sebagai ikan kelisa boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Biasanya dibahagikan mengikut asalnya iaitu Asia, Australia dan Amerika Selatan. Jadual di bawah menunjukkan jenis arowana dan habitat asalnya.

Nama Arowana
Jenis Arowana
1.Asian Arowana (dilindungi oleh CITES- sepsis diancam kepupusan):
- Kelisa emas (Malaysian
golden/crossback)
- Kelisa merah
- Kelisa hijau/kuning


2.Ausralian arowana
- Kelisa mutiara (pearl arowana)


3.South American Arowana
- Kelisa perak (silver arowana)
- Kelisa hitam (black arowana)


Kelisa emas adalah merupakan sepsis yang dilindungi oleh CITES iaitu suatu badan di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kerana diancam kepupusan. Kelisa emas ini pula hanya terdapat di Indonesia dan Malaysia sahaja. Dari segi kualiti, kelisa emas Malaysia atau lebih dikenali sebagai Malaysian Golden/crossback golden adalah lebih berkualiti kerana memiliki sisik emas penuh (6 jalur) berbanding kelisa emas Indonesia (4-5 jalur sahaja).

Selain itu, masyarakat cina juga mpercayai ikan ini mampu membawa tuah dan mereka percaya bahawa ikan ini merupakan jelmaan naga kerana sisiknya yang mirip sisik naga dalam mitos-mitos cina. Kedua-dua faktor diatas menjadikan ikan ini sangat istimewa dan mendapat permintaan yang tinggi terutama untuk pasaran eksport ke Singapura, Cina, Jepun, Hong Kong dan lain-lain.

Pelaburan Ikan arowana di Syarikat ZAM AROWANA, Tebuk Panchur, Bukit Merah(berhampiran dengan bukit Merah Laketown)

1. Pelaburan melibatkan 2 pihak iaitu pihak pelabur dan pihak pengusaha kolam. Pelabur merupakan pihak yang mengeluarkan wang untuk membeli ikan arowana manakala pihak pengusaha kolam adalah pihak yang bertanggungjawab untuk menjaga ikan-ikan arowana pelabur termasuk memberi makan, rawatan dan sebagainya kepada ikan-ikan arowana yang dipelihara di dalam kolam miliknya

2. Pelaburan ini melibatkan 1 kolam ikan arowana jenis Malaysian Golden. Setiap kolam arowana mempunyai 16 ekor induk arowana yang telah matang (umur ikan 3 hingga 3 ½ tahun) dan setiap seekor berharga RM15,000. Keseluruhan pelaburan ini melibatkan kos sebanyak RM 240,000.

3. Ikan-ikan arowana ini akan dijaga oleh tuan kolam mengikut sistem pawah. Melalui sistem ini, pengusaha kolam akan menjaga induk arowana pelabur sehingga induk-induk tersebut dapat mengeluarkan hasil. Hasil tersebut merupakan anak-anak ikan arowana dan akan dibahagi antara pihak pelabur dan pengusaha secara nisbah 50:50.

4. Pihak mengusaha akan mengadakan pemeriksaan berkala untuk tujuan memungut hasil (harvesting) terhadap induk-induk arowana ini setiap 2 bulan (60 hari). Pihak pengusaha bertanggungjawab memaklumkan kepada pelabur tarikh pemeriksaan tersebut. Semasa proses pemeriksaan dijalankan, kedua-dua pihak hendaklah berada di kawasan kolam. Sekiranya terdapat kesukaran, pihak pelabur dibenarkan mewakilkan kehadirannya kepada pihak ketiga yang dipercayainya.

5. Pihak pengusaha akan membeli semula anak-anak ikan pelabur mengikut harga semasa. Harga anak ikan arowana ini sentiasa berubah mengikut permintaan, tetapi pada kebiasaanya antara RM1000-RM1500 seekor. Setiap pasangan induk boleh menghasilkan antara 18-75 ekor anak.

6. Satu perjanjian bertulis antara pelabur dan pengusaha akan dilaksanakan melibatkan tempoh pelaburan selama 5 tahun bermula dari tarikh ikan dimasukkan ke dalam kolam. Sepanjang tempoh perjanjian, segalakeperluan seperti peliharaan dan rawatan ikan akan ditanggung oleh pengusaha. Setelah tamat tempoh tersebut, pelabur mempunyai pilihan untuk menyambung perjanjian atau pelabur boleh mengambil kesemua induk yang ada di dalam kolam tersebut.

Jangan Lepaskan Peluang Untuk Jadi Jutawan

Kami menawarkan beberapa tawaran yang menarik berkaitan ikan kelisa ataupun dikenali sebagai ikan Arowana...Sila layari blog ini dari masa ke semasa.